CintaHatiKami

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 21, 2009

Air Oh Air...

Alamak air kt dlm tangki dah habis..dah la xujan pulak tu..aduh..mcm mana ni..hekhekhek..
Rileks..jgn cuak..inilah pengorbanan guru pendalaman katanya ckgu mattron..yelah kita ni x biasa kehabisan air kan..tp xpe..ader perigi kt sana nu kt kandang 4..

hehehe..best kan..ini semua pengalaman kt Sabah..nak buat macam mana..berkhidmat untuk anak2 bangsa..jadi apa sahaja halangan..kita tempuh jer la..

skang ni biasanya bulan 7 hingga bulan 10 ni musim kemarau..sangat kering sampai setitik air pun xder yang jatuh dr langit..jd kami skang ni kekeringan sgt..yang ada cumalah angin barat yang sangat kencang..sampai nak tercabut bumbung sekolah ni..

pasal air lak terpaksalah memunggah dari perigi yang berdekatan kt kandang 4 tu..jauh jugak..lebih kurang 2km dari sekolah..tp kalo x punggah maknanya tiadalah air..ikut mana nak kona pun kenalah punggah air..mandi lak terus mandi kt sana..punyalah sejuk air..

nak mandi pagi2 kt perigi tu kami pergi pukul 5.30am lagi..kemudian balik dari mandi tu kalau jeb masuk dengan D-Max dia punggah la air bergelen2..tp kalo jeb x masuk ngan D-Max dia tu terpaksa lah amek skit jer air..pastu petang lak g mandi lebih kurang kol 5.30pm..kalo ader baju nak dibasuh tu..basuh sekali la..mcm org zaman dulu-dulu lak basuh baju kt perigi..hekhekhek..tp yang istimewanya air perigi ni bilas sekali jer dah hilang sabun pe semua..punya lah senang nak basuh baju kan..

tak taulah bulan puasa esok mcm mana keadaannya..ada yang x mandi seminggu ni..hekhehek..kita tengok la mcm mana nanti kan..tp apa2 pun ini semuanya pengalaman yang takkan dapat kt mana-mana..hanya di SK Manggis jer...

Jadi bagi sesiapa yang tinggal di tempat yang kelengkapannya serba lengkap..nak mandi buka air pancuran jer tu...silalah bersyukur banyak-banyak..jgn kita asyik nak complain sana sini..masih ader ramai lagi yang hidup lebih susah daripada kita..bersyukur dengan apa yang kita dapat sekarang ni..alhamdulillah...

p/s : sepatutnya ader gambar nak dimasukkan tapi line internet xbraper elok..jadi x dpt nak nolong..

by,

Wanzi



Friday, August 7, 2009

update!



wahhhhhh...lamanya x update...hehehe bz dgn kerja..

alhamdulillah..zidah dah bekerja skrg... advance materials research center (AMREC) sirim bhd, kulim hightech...alhamdulillah dekat dgn umah... so, stay je kat umah..boleh tgk2 kan mak...:) gembira! environment ok...kwn2 pn ok... lapor diri 15 jun 2009 aritu.. for further info about amrec, plz visit http://www.sirim.my/amrec/amrec.htm

pastu, there will be my second convo..alhamdulillah...on 12 of August 2009..DTSP USM, 9 am...pada sume2 yg terlibat, sila bawak hadiah yg besar2 utk saya ye..hehehe

syukur alhamdulillah..ALLAH dah berikan dan aturkan segalanya yg terbaik utk aku..smga aku sentiasa dlm lindungan-NYA dan mendapat keberkatan dlm setiap apa yg aku lakukan..insyALLAH..

zidah

Saturday, July 11, 2009

For the first time...

Assalamualaikum...

lama betol x update blog ni...sbb line tenet kt sini mcm biskut chipsmore..kejap ader..kejap xder..so xle la nak update..

nak tau satu citer x...for the first time...guru-guru kt sk manggis ni kedatangan full..huhuhu..mcm xcayer je kan..tp itu lah realitinyer..sbb masing2 sibuk ngan mesyuarat la, kursus la, ape la..mcm2..jd masa sumer ader ni kami amek kesempatan bergambar la untuk kenang-kenangan...akhirnya..setelah 7 bulan skolah...semua hadir..heheheh...





Friday, July 3, 2009

Mengkula...

dah masuk 3 hari mengkula x muncul2...

mak..abg suri..adik kamal..aku..ayah...suma risau...
walaupon mengkula hanya seekor kucing, tp dh jadik sebahagian family kami..

" tak mungkin akan ada mengkula ke 2", said abg..

"mengkula...balik la", said mak sambil air mata bergenang...

"adik dah carik suma tempat, tp x jumpak jugak", said kamal..

and me... sgt sedey sebab xde siapa2 lg yg muncul kat pagar rumah utk sambut aku balik dr kerja..ataupn waktu zaman belajaq dulu...

mengkula..kami suma x putus asa dan doakan semoga dia selamat..





-love u::: =~~~(

Wednesday, July 1, 2009

Mengkula--M.I.A

Mengkula..
where r u...
balikla....
jgnla majuk lama2...kami suma risau kan mu...
uhuk2....
mengkula.....
balikla eh..
nanti abg belanja mkn yg sedap..
nanti abg kamal belanja susu yg yummie..
nanti kakak tak buli lg...
uhuk2...
balik tau!!

mengkula kucing ku sayang... =(




Monday, June 29, 2009

my dear..


dear Muhammad Shamsul Asyraf b Mohd Sabri...

U've grown up so fast my dear..


17 years passed away..


its time for u to go out..


find out "something"...


something that can give u the meanings of life..


never give up..


remember my words syg..


"As, seblm memulakan sesuatu..jgn lupa betulkan niaat..sentiasa niat apa yg kita lakukan hanya kerana ALLAH swt"...


Niat...


u'll get good if u alywayz start something wif good niat..


i've proved that dear..


all the best in life my dear adik..


kakak n others will alwyaz pray for ur good..



love u forever n gonna mizz u alywaz..especially mengkuli..(^_^)



love: kakak


Thursday, June 25, 2009

Kedatangan bulan Rejab


Assalammualaikum wbt...

something to share.....


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat
BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt


2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa


3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt


4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat


5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah


6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga


7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."


p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara


MASA HIDUP SBLM MATI
MASA LAPANG SBLM MASA SIBUK
MASA MUDA SBLM MASA TUA
MASA KAYA SBLM SUSAH
MASA SIHAT SBLM SAKIT


Sekadar renungan bersama....

(taken from fwd email by alorpari21)

Cinta Hati