CintaHatiKami

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

Kesyukuran

Asalammualaikum wbt and good day to all (^_^)v
alhamdulillah...ALLAH kurniakan kita peluang untuk hidup lagi hari ini... peluang untuk kita merasa lagi kasih sayang dan rezeki yang DIA kurniakan pada setiap hambanya.. syukur ya ALLAH..
dialog setiap pagi
*** handpone berbunyi**
suami : " sayang, bangun sayang solat subuh".
isteri : " ala.....nak kena bangun dah ke?"
suami : " yela..bangun ye solat..doakan abg, doakan keluarga kita ye sayang"
isteri : sambil tersenyum " ye abg..insyaALLAH"..
suami: " bagus isteri abg.. i love u "
isteri : " i love u 2 ..(^___^)
hari ini adalah hari ke-2 drive sendiri ke tempat kerja setelah 3 minggu ada pemandu peribadi yang sangat baik hati sudi menghantar dan mengambil isterinya ke tempat kerja. baik betul pemandu peribadi tu kan..hehehe..Masa tengah drive tu, tiba-tiba hati zidah jadi hiba.... kenapa?? hiba mengenangkan nasib seorg rakan di tempat kerja.. Kak Yati, salah seorg opismate kat tempat keja.. Suami beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad lepas akibat sakit jantung.. muda lagi suami kak yati tu.. tp ALLAH sangat sayangkan arwah..semoga roh arwah di tempatkan didalam golongan orang2 yang beriman.. al-fatihah...
then i'm realized something... ujian ALLAH pada setiap makhluknya adalah pelbagai dan sangat subjektif... ALLAH uji zidah dan abg dengan menjarakkan kita..hanya untuk sementara.. Tp ALLAH uji kak yati sekeluarga dengan menjarakkan arwah dari mereka untuk selama-lamanya... Subhanallah.. sehingga hari ini, ALLAH masih bagi peluang kepada kita untuk menikmati nikmat kasih sayang dan cinta sesama manusia. Bila bangun dari tidur, ALLAH bagi zidah peluang untuk masih mendengar suara abg, masih berpeluang mendengar kata-kata cinta dari abg, masih berpeluang menjadi makmum abg, dan masih berpeluang mengaminkan doa yang abg bacakan setiap kali kita solat berjemaah bersama.. syukur alhamdulillah.... terima kasih ya ALLAH...
walaupun jauh, tp masih ada di muka bumi ALLAH ini... terima kasih ya ALLAH.. walaupon kadang-kadang zidah sering kali mengeluh kenapa abg jauh dari zidah, tapi sebenarnya abg masih lagi dekat dengan zidah.. syukur...
semuga kak yati dan keluarga tabah melalui hari2...
terima kasih lagi sekali ya ALLAH kerana hadiah yang terindah yang KAU hadiahkan kepada ku..
KAU panjangkanlah umur suamiku,
sihatkan lah kesihatan suamiku,
perliharalah beliau daripada sebarang musibah dan kecelakaan,
rahmatilah jodoh kami ya ALLAH,
suburkan kasih sayang kami suami isteri,
perliharalah jodoh kami dari sebarang anasir jahat, umpat keji manusia, ilmu halus dan gangguan syaitan,
kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah, bijaksana, sihat jasmani dan rohani,
dan jadikan kami keluarga yang bahagia
ya ALLAH..
amin ya Rabbal alamin...

CinTaHati

Cinta Hati