CintaHatiKami

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 3, 2014

Lama betul tak update blog ni..sampai anak pun dah bertambah.nak buat mcm mana xdan nak buat..

Apa-apa pun nak tgk putera sulung kami?

Haaa..hensom tak?Nama putera kami ni Wan Aliff Firdaus bin Wan Hassanol Bolkiah.skang dah berumur 5 bulan..alhamdulillah..dah dapat sepasang dah..syukur alhamdulillah.
Kakak Aisyah pun dah besar dah..3 tahun sudah..yg special nya putera n puteri kami ni share tarikh lahir yg sama..24 Mei..jimat walid n umi nak sambut birthday anak- anak..

Gambar kami satu family?

Alhamdulillah...
CinTaHati

Thursday, May 24, 2012

Setahun yang lalu...

entry khas untuk Puteri sulung Ummi..

"Assalammualaikum wbt sayang..
apa kabar puteri ummi ni? alhamdulillah sayang ummi dah pandai membaca ye? yeayy!!!! jadi..sebab aisyah dah pandai membaca, ummi tuliskan satu entry khas untuk aisyah ye.. mudah-mudahan aisyah tahu yang Ummi dan Walid dah berusaha sedaya upaya untuk membesarkan aisyah dan adik2 (ehem2!!.. hehehe).. InsyaALLAH Walid dan Ummi akan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dan berjaya mendidik anak2 kami.. :)

Wan Nur Aisyah tersayang,
pada hari Ummi taip entry ni, tarikh hari ini adalah 24.05.2012.. aisyah tahu apa yang istimewanya tarikh ni pada Ummi dan Walid? haaa... mai Ummi ceritakan ye... hehehehe

Istimewanya adalah... Aisyah dah genap 1 tahun lahir ke dunia ni! yeayyyy!!!.. alhamdulillah.. syukur ya ALLAH.

Ummi lahirkan Aisyah pada tarikh 24.05.2011 (Selasa) bersamaan 20 Jamadil Akhir 1432H di Hospital Kulim Kedah. Ummi ditahan wad sehari sebelum iaitu pada 23.05.11. Kesian walid and tok ayah yang bersengkang mata di luar wad menunggu ummi. Walid taknak balik sebab risau tak sempat masuk untuk teman ummi bersalin. Kesian jugak opah yang bersusah payah ambik cuti seminggu untuk uruskan makan minum ummi.hehehe...

Alhamdulillah, dengan keizinan ALLAH swt, kekuatan Walid, doa Opah, tok ayah, tok umi dan tok abah, adik beradik ummi yang lain dan bantuan Dr dan jururawat, Ummi berjaya melahirkan seorang puteri yang sangat comel pada jam 02.38 petang dengan berat 3.2 kg..  Masa Ummi lahirkan puteri sulung Ummi ni, hujan turun dengan sangat lebat. Opah kata hujan rahmat. Semoga puteri yang lahir tu membawa rahmat kepada kita seisi sekeluarga. Sepanjang proses kelahiran, Ummi setia ditemani oleh suami  ummi iaitu walid aisyah. Ummi bersyukur dikurniakan suami yang sangat baik. Walid tak putus-putus bacakan selawat, zikir dan doa untuk mudahkan ummi bersalin. Ummi pegang kuat tangan walid. Walid jadikan badan walid untuk ummi bersandar setiap kali ummi hilang tenaga untuk lahirkan aisyah.  Malah sepanjang ummi berpantang dan membesarkan aisyah, walid banyak menolong ummi. Terima kasih Walid! Hanya ALLAH yang dapat balas jasa walid :)...Ummi tak sangka proses kelahiran adalah suatu proses yang sukar diungkap dengan kata2. Ummi bersyukur ALLAH bagi peluang kepada Ummi untuk melalui saat tersebut. Bermula dari saat mengandung hinggalah ke saat bertarung nyawa untuk melahirkan seorang zuriat. Macam mana rasanya Ummi? InsyaALLAH suatu hari nanti aisyah akan lalui semuanya pula sayang.... (^_^) Saat yang paling indah adalah ketika Dr letakkan aisyah diatas dada ummi.. Subhanallah. indahnya ciptaan Mu Ya ALLAH. Menangis Ummi dan Walid bila melihat zuriat kami yang comel dan berseri2 ni.. Lepas jururawat timbang dan bersihkan, mereka berikan kepada walid untuk walid azan dan iqamatkan di telinga anak kecil ini supaya perkataan pertama yang didengari oleh anak kecil ini adalah ayat2 yang memuji kebesaran Sang Penciptanya.. Allahu akbar ~ ALLAH Maha Besar. Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH.

Semua orang gembira dengan kelahiran puteri ummi dan walid ni... Pak long , pakcik..cepat2 datang lepas balik kerja.. comot-comot lagi.. Tok tam (belah tok ayah) pun sampai awal jugak sebab excited nak jumpa cicit sulung belah tok ayah..hehehe.. ramai lagi yang datang nak tengok puteri ummi dan walid ni..

Puteri yang comel dan bersih ini Ummi dan Walid  namakan WAN NUR AISYAH  yang membawa maksud  Cahaya yang Hidup. Ummi dan Walid memilih nama ini supaya keperibadian dan akhlak, tuan puteri sulung ummi dan walid ini menjadi cahaya yang hidup dan seindah akhlak dan keperibadian Saidatina Aisyah binti Abu Bakar r.a. Mesti aisyah nak tahu kan siapa dia Saidatina Aisyah tu? Apa istimewanya beliau kan?  Beliau digelar  Ummul Mukminin (iaitu ibu kepada orang-orang mukmin) dan beliau juga adalah isteri kepada  Kekasih kita NABI MUHAMMAD saw dan puteri kepada Saidina Abu Bakar as-siddiq. Beliau adalah seorang yang sangat banyak memberi sumbangan kepada umat Islam. Beliau adalah seorang yang sabar, cerdik, bijak, berilmu, taat dan patuh kepada ALLAH,ibu bapa dan suami, dan juga seorang yang beriman. Indahkan akhlak dan keperibadian beliau? InsyaALLAH, semoga ALLAH izinkan dan mudahkan Ummi dan Walid mendidik anak2 kami supaya menjadi seindah keperibadian beliau dan juga tokoh-tokoh Islam yang lain. aminn..


 
Oleh itu, sempena ulang tahun kelahiran Aisyah yang pertama, Ummi hadiahkan....
Tara~~~~




Doa Ummi dan Walid,
Semoga Puteri sulung kami WAN NUR AISYAH WAN HASSANOL BOLKIAH , membesar menjadi anak yang solehah, beriman, cerdik dan pintar, anak yang taat kepada ALLAH, agama, Rasul2, ibu bapa, ahli keluarga dan guru2. Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas kepada Aisyah. Semoga ALLAH sentiasa merahmati Aisyah. Jadi kakak dan contoh yang terbaik kepada adik2 dan semua ye sayang! InsyaALLAH

Ya ALLAH, lindungilah cahaya mata ku ini dari godaan syaitan dan maksiat dunia. peliharalah akhlaknya dan akidahnya. Jadikan dia anak yang solehah, yang beriman dan bertaqwa. Jadikan dia anak yang tetap solatnya. Jadikan dia anak yang cerdik dan pintar, berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin.

Walid, Ummi, opah, tok ayah, tok umi, tok abah, dan yang lain2 semuanya saaayaang sangat kat aisyah!

SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA SAYANG!




Ikhlas ; UMMU AISYAH "



p/s:
Diusia 1 tahun, aisyah dah boleh berjalan dengan lajunya.. aisyah dah pandai sebut Ummi, Lid (Walid), yaq (ayaq), ya (buaya), cat (kucing), mau , dan macam2 lagi.. ramai ckp aisyah nih ringan badan (cepat menirap, duduk, merangkak, berjalan) dan ringan mulut (bercakap)... Bijak anak Ummi! (^_^).. alhamdulillah..



CinTaHati

Thursday, January 5, 2012

cik tuan puteria di usia 7 bln




buah hati ummi dan walid yg bijak bestari..
hari-hari buat hati ummi dan walid tak sabar nak balik rumah
nak tengok apa yg cik tuan puteri kami boleh buat hari ini..
dah 7 bulan ++ usia aisyah..
terasa cepat sungguh masa berlalu..
perkembangan aisyah yang positif..alhamdulillah...berbunga-bunga hati ummi dan walid..
muga cik tuan puteri ummi dan walid
WAN NUR AISYAH WAN HASSANOL
menjadi seteguh cik tuan puteri saidina ABU BAKAR
sebaik akhlak dan seindah pekerti isteri kekasih kita MUHAMMAD s.a.w
insyaALLAH
muga ALLAH sentiasa memberkati kamu wahai kesayangan kami
:)
amin amin Ya Rab..
CinTaHati

Monday, June 20, 2011

Cinta Hati KAMI



Alhamdulillah
Presenting Cinta Hati Kami...
Taaraaa~~



Wan Nur Aisyah Binti Wan Hassanol Bolkiah
24.05.2011
2.37 p.m
3.20kg
~Girl~



Ummi + Walid = WNA (alhamdulillah)


CinTaHati

Monday, March 7, 2011

29


wuwuwuw.... cepat betul masa berlalu... sedar tak sedar my pregnancy dah masuk minggu ke-29.. lebih kurang 7 bln 1 minggu camtu..hehehe

baby is actively moving.. first time dapat rasa baby gerak masa minggu ke-22.. masa tu baru balik keje..abg ambik and jalan2 sambil pusing2 survey rumah..hehehehe...alhamdulillah..and now baby actively moving especially bila walid ajak baby sembang.. hehehe... kuat je dia menendang2... dan paling best bila tgk reaksi walid bila tiap kali baby gerak.. hehehe... love both of u so much!!

masuk je minggu 28, walid dah ajak ummi shopping barang2.. walid takut ummi tak larat nanti kalau shopping lewat2..hehe almaklumlah badan dan membesar bagai johan! kaki pun bengkak2 kalau berdiri/jalan lama2.. antara barang2 yang dah dibeli untuk anakanda tercinta:

1. baju lengan pjg/ pendek
2. seluar pjg/pendek
3. nail clipper
4. lampin/ cloth diapers (ummi and walid tgh semangat menyahut seruan cintailah alam sekitar-kurangkan penggunaan lampin pakai buang- insyaALLAH)
5. nappy liner
6. towel
7. sapu tangan
8. set mandian baby
9. minyak telon
10. selimut
11.
12.
13.
14.

cukuplah dulu semua tu untuk bulan nih..tak sangka, barang2 sikit nih pun dah habis Rm500++.. wuwuw..kesian walid.. rabak poket! hehehe.. so baby nanti kena sayang ummi and walid manyak2, kena jadik anak soleh ye syg.. tinggal barang2 besar (katil baby, barut baby and set tilam bantal (tok opah = emak ummi nak buatkan..smlm dah siap2 potong barut untuk baby .. tq mak!! tak terbalas jasa mak), set pam susu, deep freezer) akan dibeli sikit2 untuk bulan2 yang seterusnya..hehehe

untuk anakanda ummi and walid tersyg nih, ummi and walid berhajat untuk exclusively breastfeed .. insyaALLAH.. niat tu ada, tp yang memudahkan segala laluan adalah ALLAH swt..

muga ALLAH permudahkan misi ummi and walid mendidik dan membesarkan anak2 umi menjadi anak2 yang soleh, berjaya di dunia akhirat.. insyaALLAH (^_^)v

Baby' gender masih tak dapat detect.. baby nk buat suprise kat semua org eh? hehe..

ikhsan : mr guggle



notakaki:: 12.03.11.. genap setahun ummi jadik permaisuri walid.. nak bg hadiah apa ye?? hehehe..

CinTaHati

Tuesday, January 18, 2011

22nd weeks..


assalammualaikum wbt
adush...lama betoi tak terusik blog nih..hehehe...kalau dulu, update blog utk abg baca, tetapi setelah kepulangan suami tercinta ke sisi isterinya, berdebu bersawang dah blog nih..hehehe

alhamdulillah... PJJ= perkahwinan jarak jauh, berlangsung hanya 7 bulan... syukur sangat2.. tarikh 1.10.2010 abg dapat tukar ke semananjung.. Sek.Keb P**lau B*tong, Balik Pulau.. jauh jugak dari rumah,lebih kurang 120km perjalanan pergi dan balik... tapi ajaibnya, abg mmg seorg pekerja yang berdedikasi, suami yg mithali dan anak yg taat... tak penah mengeluh walaupun tiap2 hari abg bangun seawal 5 pagi, balik lewat petang..terima kasih abg. atas pengorbanan abg.. hanya ALLAH yang dapat membalas jasa abg. berkorb
an untuk "KAMI".. :)

"KAMI"??
yeap...
miracle happen.. ALLAH bagi dua hadiah untuk zidah. 1. abg balik kesisi, keizinan NYA untuk kita menjalani kehidupan sebagai suami isteri.. 2. kita bakal bergelar ummi dan walid tahun nih..
rezeki ALLAH..
syukur..
22nd weeks..this miracle growth in me..TERIMA KASIH YA ALLAH

ya ALLAH berkati lah keluarga kami.. peliharalah cinta hati kami ini.. semoga anak kecil ini membesar dengan sihat,sempurna dan bakal menjadi hambaMu yang soleh dan solehah..amin :)

CinTaHati

Monday, August 16, 2010

..

subhanallah..
*r*i*n*d*u*
sgt
:(

Tuhan..
tolong buat saya kuat.
mudahkan pertukaran suamiku ke sisiku.
aku redha dengan ujianmu.
namun kadang2 aku kalah melawan perasaan ku.
Aku KENA kuat!


CinTaHati

Thursday, August 12, 2010

Marhaban ya Ramadhan

di keheningan petang ini pada tanggal 2 Ramadhan 1431H, saya dengan rasa rendah dirinya ingin memohon ampon seandainya diri ini pernah melakukan kesalahan dan pernah menguris hati2 siapa-siapa samada sedar ataupon tidak. Semoga Ramadhan tahun ini memberi sinar yg bling-bling kepada kita semua..insyaALLAH

*buat suami tercinta yang berada jauh diperantauan, maaf tak dapat sediakan juadah berbuka dan bersahur buat abg. hati ini ingin sekali merasa perasaan menghidangkan makanan berbuka/bersahur untuk abg, tp apakan daya kudrat hamba kerdil ini yang akur dengan ketentuan Illahi.. Hanya kurma dan sedikit juadah yang dapat zidah kirimkan buat abg. Semoga zidah ada dalam setiap doa, senyuman dan kekenyangan abang ye.. insyaALLAH, jika di beri peluang oleh NYA, zidah akan masak makanan-makanan yg abg teringin ye..insyaALLAH

*buat keluarga tersayang, terima kasih yang tak terhingga kerana diri ini tak pernah ditinggalkan dan sentiasa mendapat kekuatan dari semua ahli keluarga. Mak ayah, terima kasih kerana masih sudi menerima anak ini walaupon kakak bukan lagi menjadi tanggungjawab mak dan ayah. Buat abg, selamat menghayati detik2 terakhir sebelum bergelar suami..Semoga abg dapat menjadi suami dan ketua keluarga yang terbaik untuk keluarga abg nanti. InsyaALLAh. Buat adik-adik, terima kasih atas semangat dan kekuatan yang sering kalian berikan kepada kakkak. Hanya Allah yang dapat membalas kasih sayang kalian semua.

*buat keluarga baru yang dirindui di Kelantan. Semoga semuanya sihat-sihat dalam menjalankan ibadat di bulan Ramadhan. Terima kasih kerana sudi terima zidah didalam keluarga besar umi dan abah. InsyaALLAH nantikan kepulangan kami suami isteri di kg nanti ye..

*buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan sekalian, semuga semuanya bersemangat dalam menjalani ibadah harian. Lipat gandakan ibadah di bulan yang MUlia ini..

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1431H (^_^)


CinTaHati

Friday, July 23, 2010

Rumah-Part II
























Cantikkan?
tp banyak bantahan..
terpaksa pendam..
*sigh*

CinTaHati

Rumahku Syurgaku

Oh!
Alangkah seronoknya kalo ada rumah sendiri..
dapat hias ikut cita rasa sendiri
oh!
teringin nya saya...

incik suami,
bila kita nk ada rumah kita?
kita hias cantik2 ye
jgn lupa projek tanaman hidroponik abg ye
bleh jimat duit belanja dapor..
hik hik..
yang penting dapur yang cantik tau!
bleh kita masak sama2 kan..(^_^)
sebab abg mmg co-chef yg sangat bagus..hehe..
tetiba teringat plak sayur campur abg yg ummph!!! sedap..hehe..boleh buat lg x? heee
pastu bilik kita yg besar.. bleh kita jemaah sama-sama kan =)
bila ada anak2, bleh kita jemaah satu family... insyaALLAH
oh!
tak sabar betul saya kan? heheh
RUMAHKU SYURGAKU ..


CinTaHati

Wednesday, July 21, 2010

First kiss

alhamdulillah

CinTaHati

Wednesday, July 14, 2010

when I am




CintaHati

Tuesday, June 29, 2010

Kesyukuran

Asalammualaikum wbt and good day to all (^_^)v
alhamdulillah...ALLAH kurniakan kita peluang untuk hidup lagi hari ini... peluang untuk kita merasa lagi kasih sayang dan rezeki yang DIA kurniakan pada setiap hambanya.. syukur ya ALLAH..
dialog setiap pagi
*** handpone berbunyi**
suami : " sayang, bangun sayang solat subuh".
isteri : " ala.....nak kena bangun dah ke?"
suami : " yela..bangun ye solat..doakan abg, doakan keluarga kita ye sayang"
isteri : sambil tersenyum " ye abg..insyaALLAH"..
suami: " bagus isteri abg.. i love u "
isteri : " i love u 2 ..(^___^)
hari ini adalah hari ke-2 drive sendiri ke tempat kerja setelah 3 minggu ada pemandu peribadi yang sangat baik hati sudi menghantar dan mengambil isterinya ke tempat kerja. baik betul pemandu peribadi tu kan..hehehe..Masa tengah drive tu, tiba-tiba hati zidah jadi hiba.... kenapa?? hiba mengenangkan nasib seorg rakan di tempat kerja.. Kak Yati, salah seorg opismate kat tempat keja.. Suami beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad lepas akibat sakit jantung.. muda lagi suami kak yati tu.. tp ALLAH sangat sayangkan arwah..semoga roh arwah di tempatkan didalam golongan orang2 yang beriman.. al-fatihah...
then i'm realized something... ujian ALLAH pada setiap makhluknya adalah pelbagai dan sangat subjektif... ALLAH uji zidah dan abg dengan menjarakkan kita..hanya untuk sementara.. Tp ALLAH uji kak yati sekeluarga dengan menjarakkan arwah dari mereka untuk selama-lamanya... Subhanallah.. sehingga hari ini, ALLAH masih bagi peluang kepada kita untuk menikmati nikmat kasih sayang dan cinta sesama manusia. Bila bangun dari tidur, ALLAH bagi zidah peluang untuk masih mendengar suara abg, masih berpeluang mendengar kata-kata cinta dari abg, masih berpeluang menjadi makmum abg, dan masih berpeluang mengaminkan doa yang abg bacakan setiap kali kita solat berjemaah bersama.. syukur alhamdulillah.... terima kasih ya ALLAH...
walaupun jauh, tp masih ada di muka bumi ALLAH ini... terima kasih ya ALLAH.. walaupon kadang-kadang zidah sering kali mengeluh kenapa abg jauh dari zidah, tapi sebenarnya abg masih lagi dekat dengan zidah.. syukur...
semuga kak yati dan keluarga tabah melalui hari2...
terima kasih lagi sekali ya ALLAH kerana hadiah yang terindah yang KAU hadiahkan kepada ku..
KAU panjangkanlah umur suamiku,
sihatkan lah kesihatan suamiku,
perliharalah beliau daripada sebarang musibah dan kecelakaan,
rahmatilah jodoh kami ya ALLAH,
suburkan kasih sayang kami suami isteri,
perliharalah jodoh kami dari sebarang anasir jahat, umpat keji manusia, ilmu halus dan gangguan syaitan,
kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah, bijaksana, sihat jasmani dan rohani,
dan jadikan kami keluarga yang bahagia
ya ALLAH..
amin ya Rabbal alamin...

CinTaHati

Wednesday, May 26, 2010

minggu lepas

Assalammualaikum wbt
dan SALAM SATU MALAYSIA..hehehe...as mention by others..hehehe

minggu lepas agak bz jgk..tp kan abg pn tahu, isteri abg nih mmg suka membz kan diri kan.. to avoid me from thinking of u..heee
so antara acara yang dilakukan adalah:


khamis tu, dtg lab tetiba je nk makan cheese kek. oleh kerana di saaat itu ada seorg lg insan turut merasai keinginan saya itu, kamipon memulakan enjin kereta menuju kesuatu tempat iaitu:: SECRET RECIPE ... ehehe..

memperkenalkan " cik awan yang manis = awanis" ..heheh


isteri abg \(^_^)/

yogat ciz kek = yummie

kek ilang.. hehe


tak habis sebab selalunya share ngan abg.. :(



nanti abg balik kita g makan lg ye! terbayang2 kek sedap tu..heheh

pastu hari jumaat plak, bertolak ke meru utk kenduri Uko (our kazen).. gambor xdelah plak..hehe..sebab bz bekerja sampai x sempat nk snap gmbr pengantin.. anyway, wishing uko n his wife happy life ever after.. insyaALLAH

CinTaHati

Monday, May 24, 2010

lemah

untuk hari ini saya rasa saya lemah..
lemah dengan ujian hidup
mana satu yg saya patut pilih.?
hendak kesana, mungkin saya perlu menganggur..
" buat pa belajaq tinggi, tp xmo keja??"
bukan saya xmo keja..tp..susah nk terangkan pada semua..
mahu kesana, tp sy x sanggup tiinggal ibu saya? saya akan hilang kerja saya..
mahu disini, ada kerja, ada self income tiap2 bln, tp jauh dr suami..tempat dimana duduknya seorang isteri..
mana satu patut saya pilih?
antara
Jauh tp bekerja dan dalam masa yang sama saya dpt bersama keluarga?
atau
dekat tp tidak berkerja, dan dalam masa yang saya saya terpaksa tinggalkan keluarga saya yg selama ini tak pernah tinggalkan saya...
sy rindu abg..tp sy ada cita-cita, tp sy simpati pada bonda. masih belum puas rasanya berbakti pada bonda dan keluarga
sy nk dekat dengan abg.. sy nk berbakti pada abg sebagai seorg isteri. isteri mana yg nak berjauhan dengan suami sendiri?
orang senang berckp, " ala, g jela sana... kerja kat mana2 pon boleh cari'
ye betul..
saya tak menafikannya. tp, saya ada banyak perkara yang perlu di selesaikan..
adik2 masih belajar.
mak dah nk pencen.
dan keluarga sangat mengharapkan saya.
x mudah membuat keputusan.
ya ALLAH,
sesungguhnya aku bukanlah insan yang kuat
mengharapkan bantuan dan kasih syg mu...

CinTaHati

Tuesday, May 18, 2010

keje utk hari 18.mei 2010


My everyday job



Lab works..







CinTaHati

Monday, May 17, 2010

First entry selepas bergelar isteri..

Assalammualaikum,
lama betoi aih x hapdate blog nih...siann whiteblossom1110..hehehe...
pastu mai ja keja pagi2 tadi, terus bersemangat nk hidupkan balik blog nih...
sambil boring2 baca jurnal, sambil2 tukar layoutla... edit sana lah..edit sini lah..
hehehe..
cantikkan rupa baru whiteblossom1110
rasa mcm nk tukar address jugak..
tp patut ka?
ka x patut??

nih entry pertama yg zidah taip, lepas diri bergelar isteri..hehehe... syukur alhamdulillah
i'm officially married to my cintahati WAN HASSANOL BOLKIAH..
pjj = perkahwinan jarak jauh
tp alhamdulillah, both of us managed to handle it peacefully.. PEACE NO WAR (^_^)v

" ALLAH menguji seseorg itu berdasarkan kemampuannya.. ALLAH menguji kita sebab DIA tahu kita adalah antara hambaNYA yang layak dan mampu diuji dengan ujian mcm nih"

dear all,
doakan kasih dan sayang yang dibina atas landasan agama, cinta dan keluarga ini berkekalan di dunia dan akhirat.
smga kasih sayang yg tercipta antara kami ini sentiasa diberkati oleh NYA.
jadikan keluarga kami keluarga yg BAHAGIA.
murah rezeki.
dan aman damai.
semoga keluarga kami ini selamat dan terlindung dari sebarang gangguan syaitan, syak wasangka, fitnah dan hasad dengki.
semuga kami saling menjaga hubungan dikala jauh dan dekat.
jujur antara satu sama lain.


InsyaALLAH

CinTaHati

Friday, February 19, 2010

Konvoi Pitas - Ranau - KKinabalu - Pitas

lama tak berkonvoi.. 16 february 2010 hingga 18 february 2010 hari tu kami g konvoi sempena cuti sekolah..cuti sminggu tak balik kan..so kami ber 7 g konvoi naik motor..terima kasih kepada ustz Jamal kerana sudi bagi pinjam motor dia..hehehehe...ye la lepas ni dah kawen susah dah nak g konvoi mcm ni..kalau pergi pun dengan isteri bercinta la kan..hehehe..konvoi sambil honeymoon..ceewah..ok lah sini ada skit gambar2 masa konvoi ritu..

bergambar sebelum berkonvoi

berenti kejap sarapan kt kedai mamak kt kota marudu

penat naik motor rehat jap kt simpang kota belud-tamparuli-ranau


sampai kt atas bukit..sejuk tuu..dari sini nampak air terjun yg sgt tinggi..tp tak nampak kt dlm gambar sebab gabus..dr sini boleh nampak dah gunung kinabalu..nama tempat ni bundu tuhan..

Bundu Tuhan


destinasi pertama...poring hot spring








asalnya nak mandi air panas..tp gi mandi air terjun lak..nk tau nape?


sejuk mandi air terjun ni..br lepas hujan

haaa...ni jelah kolam air panasnyer..hehehe..tu pun xleh nk masuk..



jambatan gantung merentasi sg mamut..habis ekspedisi hari pertama..

hari kedua..

mcm biasa sarapan dulu kt kdai mamak


satu-satunya kedai yg ada strawbery paste tp kehabisan...ku kuciwa


tp takpe..bergambar dulu..hehehe

cantik kan gunung ganang ni

jejaka hensem

sampai di kinabalu park..di bwh kaki gunung kinabalu

gunung kinabalu..akan ku tawan suatu hari nnti

rekod terdahulu pendakian

sampai platform ni je pengunjung dibenarkan..kalo nk terus kena ada pass mendaki


geng2 rempit di kaki gunung kinabalu


seterusnyer km terus ke kk untuk urusan lain

hari ketiga terus blk ke pitas...singgah di rumah syahrizal di tuaran utk lunch then terus blk..

Cinta Hati