CintaHatiKami

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 2, 2009

Selamat Berjuang Guru

Ini adalah masa first nak bergerak ke sekolah..wah..rasa seronok bila naik Toyota Hilux..lega ada kenderaan mcm ni..mcm senang je lah nak bergerak ke sekolah..Hilux ni adalah kepunyaan Roger..guru lama di sekolah manggis..dia dah berkhidmat selama 8 tahun kt skolah tu..rasa lega bila ada cikgu yang berpengalaman mcm ni..ikut serta adalah Ustaz Khairuman..dkt blakang hilux tu kami ltak mcm2..tilam,bantal dan keperluan lain nak bawak ke kuarters guru kt sana.



Simpang menuju ke tempat yang hendak ditujui..disinilah bermulanya episod jln grubble..hekhekhek..habisnya jalan aspal(jalan tar)..org kt sini panggil jalan tar sebagai aspal..gedegung-gedegang..bunyi laluan kereta...






Persimpangan ke Mongkubou dan Bongkol..kt sini kalu diperhatikan betol2 jln ke kanan iaitu ke bongkol ada talian elektrik tp jln terus ke Mongkubou xde..maksudnya kt sana mmg xder elektrik..huhuhu...nak tgk x bas ekspress yang kami naik ke sana..jgn terkejut pulak..hehehe..rupa2nya sampai kt sini sahaja perjalanan kami dengan menaiki hilux..dan seterusnya naik bas ekspress je lah


Haaa..inilah rupanya bas ekpress kami yang akan dinaiki selama berjam2 lamanya..barulah mencabar...pengangkutan utama nak ke Mongkubou..dasyat x...








Bergambar kenangan sebelum memulakan perjalanan yang panjang..senyum semua..rilekss..pengembaraan baru nak bermula...







dia ni namanya Rupawak..org tempatan kt sini..kerja dia kt ladang kelapa sawit..tp part time jd pemandu bas ekpress untuk guru2 yang nak g berjuang..=)..sgt expert bawak tractor ni..pergh..respect..kalo ader rally challenge..confirm dia yang menang..cayalah Rupawak..






Intai aper tu Roger..tgk jln clear ke xclear ker..haa..masa ni masa tractor sangkut..terpaksalah satu lagu tractor pengiring menarik keluar dari tempat sangkut..untuk makluman dlm perjalanan perlu 2 buah tractor untuk senangkan perjalanan..kalo satu sangkut..satu lagi akan tarik..









Amcm..ok x highway..hehehe..kt sini nama dia jln air terjun 7 tingkat..huhuu..sakit bontot..adeyy...mmg susah sgt nak kering sbb lindung pokok2 kt hutan kan..ni jln membelah hutan belantara..hutan simpan kt Sabah..ader jugak sekolah kt dlm ni ye..sape sangka...






ada lagi rupanya..ingatkan dah abis dah ..ini pulak jln berbatu2 yg sgt keras..kt sini kebanyakan bukit berbatu..licin lak tu..so tahan jer lah bontot tu..heheh..apa2 pun senyumm...jgn pressure..rileks jerr...kita nak g berjuang..bukan melancong..=D






Akhirnya sampai dah perjalanan...tp xleh amek gambar sebab gelap sgt..so kami sampai lebih kurang pukul 10 mlm..sgt memenatkan..sampai2 jer jamu mkn dulu..heheh..pape pun bg kenyang dulu..
ok sampai sini jer dulu untuk kali ni..nanti akan dicoretkan lagi kisah2 yang menarik..assalamualaikum..

p/s : i miss u so much my fiance and my family...

by,

Wanzi

3 comments:

Wan Hamzah said...

he,he,he ganas nampaknya bas ekpres, tentu seronok mengembara dgnnya.Berapa jam masa perjalanan & berapa pula tambangnya?.

Ziwan said...

hehehe..mmg sakit punggung naik..tp tahan jer lah..perjalanan masuk mkn masa 4jam naik tractor tu..tambang RM140 share 9 org..

Anonymous said...

go abg wan!!
chaiyo2!!

Cinta Hati