CintaHatiKami

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 9, 2008

Doa Ramadhan ari ke 5,6,7,8,n 9

Hari Kesembilan: “Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Kelapan: “Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Ketujuh: “Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Keenam: “Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatanmaksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku denganbalasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang bolehmendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Kelima :“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yangsentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Muyang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Mahapengasih daripada segala pengasih.”

0 comments:

Cinta Hati