CintaHatiKami

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 16, 2010

..

subhanallah..
*r*i*n*d*u*
sgt
:(

Tuhan..
tolong buat saya kuat.
mudahkan pertukaran suamiku ke sisiku.
aku redha dengan ujianmu.
namun kadang2 aku kalah melawan perasaan ku.
Aku KENA kuat!


CinTaHati

Thursday, August 12, 2010

Marhaban ya Ramadhan

di keheningan petang ini pada tanggal 2 Ramadhan 1431H, saya dengan rasa rendah dirinya ingin memohon ampon seandainya diri ini pernah melakukan kesalahan dan pernah menguris hati2 siapa-siapa samada sedar ataupon tidak. Semoga Ramadhan tahun ini memberi sinar yg bling-bling kepada kita semua..insyaALLAH

*buat suami tercinta yang berada jauh diperantauan, maaf tak dapat sediakan juadah berbuka dan bersahur buat abg. hati ini ingin sekali merasa perasaan menghidangkan makanan berbuka/bersahur untuk abg, tp apakan daya kudrat hamba kerdil ini yang akur dengan ketentuan Illahi.. Hanya kurma dan sedikit juadah yang dapat zidah kirimkan buat abg. Semoga zidah ada dalam setiap doa, senyuman dan kekenyangan abang ye.. insyaALLAH, jika di beri peluang oleh NYA, zidah akan masak makanan-makanan yg abg teringin ye..insyaALLAH

*buat keluarga tersayang, terima kasih yang tak terhingga kerana diri ini tak pernah ditinggalkan dan sentiasa mendapat kekuatan dari semua ahli keluarga. Mak ayah, terima kasih kerana masih sudi menerima anak ini walaupon kakak bukan lagi menjadi tanggungjawab mak dan ayah. Buat abg, selamat menghayati detik2 terakhir sebelum bergelar suami..Semoga abg dapat menjadi suami dan ketua keluarga yang terbaik untuk keluarga abg nanti. InsyaALLAh. Buat adik-adik, terima kasih atas semangat dan kekuatan yang sering kalian berikan kepada kakkak. Hanya Allah yang dapat membalas kasih sayang kalian semua.

*buat keluarga baru yang dirindui di Kelantan. Semoga semuanya sihat-sihat dalam menjalankan ibadat di bulan Ramadhan. Terima kasih kerana sudi terima zidah didalam keluarga besar umi dan abah. InsyaALLAH nantikan kepulangan kami suami isteri di kg nanti ye..

*buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan sekalian, semuga semuanya bersemangat dalam menjalani ibadah harian. Lipat gandakan ibadah di bulan yang MUlia ini..

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1431H (^_^)


CinTaHati

Cinta Hati