CintaHatiKami

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 16, 2010

..

subhanallah..
*r*i*n*d*u*
sgt
:(

Tuhan..
tolong buat saya kuat.
mudahkan pertukaran suamiku ke sisiku.
aku redha dengan ujianmu.
namun kadang2 aku kalah melawan perasaan ku.
Aku KENA kuat!


CinTaHati

Thursday, August 12, 2010

Marhaban ya Ramadhan

di keheningan petang ini pada tanggal 2 Ramadhan 1431H, saya dengan rasa rendah dirinya ingin memohon ampon seandainya diri ini pernah melakukan kesalahan dan pernah menguris hati2 siapa-siapa samada sedar ataupon tidak. Semoga Ramadhan tahun ini memberi sinar yg bling-bling kepada kita semua..insyaALLAH

*buat suami tercinta yang berada jauh diperantauan, maaf tak dapat sediakan juadah berbuka dan bersahur buat abg. hati ini ingin sekali merasa perasaan menghidangkan makanan berbuka/bersahur untuk abg, tp apakan daya kudrat hamba kerdil ini yang akur dengan ketentuan Illahi.. Hanya kurma dan sedikit juadah yang dapat zidah kirimkan buat abg. Semoga zidah ada dalam setiap doa, senyuman dan kekenyangan abang ye.. insyaALLAH, jika di beri peluang oleh NYA, zidah akan masak makanan-makanan yg abg teringin ye..insyaALLAH

*buat keluarga tersayang, terima kasih yang tak terhingga kerana diri ini tak pernah ditinggalkan dan sentiasa mendapat kekuatan dari semua ahli keluarga. Mak ayah, terima kasih kerana masih sudi menerima anak ini walaupon kakak bukan lagi menjadi tanggungjawab mak dan ayah. Buat abg, selamat menghayati detik2 terakhir sebelum bergelar suami..Semoga abg dapat menjadi suami dan ketua keluarga yang terbaik untuk keluarga abg nanti. InsyaALLAh. Buat adik-adik, terima kasih atas semangat dan kekuatan yang sering kalian berikan kepada kakkak. Hanya Allah yang dapat membalas kasih sayang kalian semua.

*buat keluarga baru yang dirindui di Kelantan. Semoga semuanya sihat-sihat dalam menjalankan ibadat di bulan Ramadhan. Terima kasih kerana sudi terima zidah didalam keluarga besar umi dan abah. InsyaALLAH nantikan kepulangan kami suami isteri di kg nanti ye..

*buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan sekalian, semuga semuanya bersemangat dalam menjalani ibadah harian. Lipat gandakan ibadah di bulan yang MUlia ini..

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1431H (^_^)


CinTaHati

Friday, July 23, 2010

Rumah-Part II
























Cantikkan?
tp banyak bantahan..
terpaksa pendam..
*sigh*

CinTaHati

Rumahku Syurgaku

Oh!
Alangkah seronoknya kalo ada rumah sendiri..
dapat hias ikut cita rasa sendiri
oh!
teringin nya saya...

incik suami,
bila kita nk ada rumah kita?
kita hias cantik2 ye
jgn lupa projek tanaman hidroponik abg ye
bleh jimat duit belanja dapor..
hik hik..
yang penting dapur yang cantik tau!
bleh kita masak sama2 kan..(^_^)
sebab abg mmg co-chef yg sangat bagus..hehe..
tetiba teringat plak sayur campur abg yg ummph!!! sedap..hehe..boleh buat lg x? heee
pastu bilik kita yg besar.. bleh kita jemaah sama-sama kan =)
bila ada anak2, bleh kita jemaah satu family... insyaALLAH
oh!
tak sabar betul saya kan? heheh
RUMAHKU SYURGAKU ..


CinTaHati

Wednesday, July 21, 2010

First kiss

alhamdulillah

CinTaHati

Wednesday, July 14, 2010

when I am




CintaHati

Tuesday, June 29, 2010

Kesyukuran

Asalammualaikum wbt and good day to all (^_^)v
alhamdulillah...ALLAH kurniakan kita peluang untuk hidup lagi hari ini... peluang untuk kita merasa lagi kasih sayang dan rezeki yang DIA kurniakan pada setiap hambanya.. syukur ya ALLAH..
dialog setiap pagi
*** handpone berbunyi**
suami : " sayang, bangun sayang solat subuh".
isteri : " ala.....nak kena bangun dah ke?"
suami : " yela..bangun ye solat..doakan abg, doakan keluarga kita ye sayang"
isteri : sambil tersenyum " ye abg..insyaALLAH"..
suami: " bagus isteri abg.. i love u "
isteri : " i love u 2 ..(^___^)
hari ini adalah hari ke-2 drive sendiri ke tempat kerja setelah 3 minggu ada pemandu peribadi yang sangat baik hati sudi menghantar dan mengambil isterinya ke tempat kerja. baik betul pemandu peribadi tu kan..hehehe..Masa tengah drive tu, tiba-tiba hati zidah jadi hiba.... kenapa?? hiba mengenangkan nasib seorg rakan di tempat kerja.. Kak Yati, salah seorg opismate kat tempat keja.. Suami beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad lepas akibat sakit jantung.. muda lagi suami kak yati tu.. tp ALLAH sangat sayangkan arwah..semoga roh arwah di tempatkan didalam golongan orang2 yang beriman.. al-fatihah...
then i'm realized something... ujian ALLAH pada setiap makhluknya adalah pelbagai dan sangat subjektif... ALLAH uji zidah dan abg dengan menjarakkan kita..hanya untuk sementara.. Tp ALLAH uji kak yati sekeluarga dengan menjarakkan arwah dari mereka untuk selama-lamanya... Subhanallah.. sehingga hari ini, ALLAH masih bagi peluang kepada kita untuk menikmati nikmat kasih sayang dan cinta sesama manusia. Bila bangun dari tidur, ALLAH bagi zidah peluang untuk masih mendengar suara abg, masih berpeluang mendengar kata-kata cinta dari abg, masih berpeluang menjadi makmum abg, dan masih berpeluang mengaminkan doa yang abg bacakan setiap kali kita solat berjemaah bersama.. syukur alhamdulillah.... terima kasih ya ALLAH...
walaupun jauh, tp masih ada di muka bumi ALLAH ini... terima kasih ya ALLAH.. walaupon kadang-kadang zidah sering kali mengeluh kenapa abg jauh dari zidah, tapi sebenarnya abg masih lagi dekat dengan zidah.. syukur...
semuga kak yati dan keluarga tabah melalui hari2...
terima kasih lagi sekali ya ALLAH kerana hadiah yang terindah yang KAU hadiahkan kepada ku..
KAU panjangkanlah umur suamiku,
sihatkan lah kesihatan suamiku,
perliharalah beliau daripada sebarang musibah dan kecelakaan,
rahmatilah jodoh kami ya ALLAH,
suburkan kasih sayang kami suami isteri,
perliharalah jodoh kami dari sebarang anasir jahat, umpat keji manusia, ilmu halus dan gangguan syaitan,
kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah, bijaksana, sihat jasmani dan rohani,
dan jadikan kami keluarga yang bahagia
ya ALLAH..
amin ya Rabbal alamin...

CinTaHati

Wednesday, May 26, 2010

minggu lepas

Assalammualaikum wbt
dan SALAM SATU MALAYSIA..hehehe...as mention by others..hehehe

minggu lepas agak bz jgk..tp kan abg pn tahu, isteri abg nih mmg suka membz kan diri kan.. to avoid me from thinking of u..heee
so antara acara yang dilakukan adalah:


khamis tu, dtg lab tetiba je nk makan cheese kek. oleh kerana di saaat itu ada seorg lg insan turut merasai keinginan saya itu, kamipon memulakan enjin kereta menuju kesuatu tempat iaitu:: SECRET RECIPE ... ehehe..

memperkenalkan " cik awan yang manis = awanis" ..heheh


isteri abg \(^_^)/

yogat ciz kek = yummie

kek ilang.. hehe


tak habis sebab selalunya share ngan abg.. :(



nanti abg balik kita g makan lg ye! terbayang2 kek sedap tu..heheh

pastu hari jumaat plak, bertolak ke meru utk kenduri Uko (our kazen).. gambor xdelah plak..hehe..sebab bz bekerja sampai x sempat nk snap gmbr pengantin.. anyway, wishing uko n his wife happy life ever after.. insyaALLAH

CinTaHati

Monday, May 24, 2010

lemah

untuk hari ini saya rasa saya lemah..
lemah dengan ujian hidup
mana satu yg saya patut pilih.?
hendak kesana, mungkin saya perlu menganggur..
" buat pa belajaq tinggi, tp xmo keja??"
bukan saya xmo keja..tp..susah nk terangkan pada semua..
mahu kesana, tp sy x sanggup tiinggal ibu saya? saya akan hilang kerja saya..
mahu disini, ada kerja, ada self income tiap2 bln, tp jauh dr suami..tempat dimana duduknya seorang isteri..
mana satu patut saya pilih?
antara
Jauh tp bekerja dan dalam masa yang sama saya dpt bersama keluarga?
atau
dekat tp tidak berkerja, dan dalam masa yang saya saya terpaksa tinggalkan keluarga saya yg selama ini tak pernah tinggalkan saya...
sy rindu abg..tp sy ada cita-cita, tp sy simpati pada bonda. masih belum puas rasanya berbakti pada bonda dan keluarga
sy nk dekat dengan abg.. sy nk berbakti pada abg sebagai seorg isteri. isteri mana yg nak berjauhan dengan suami sendiri?
orang senang berckp, " ala, g jela sana... kerja kat mana2 pon boleh cari'
ye betul..
saya tak menafikannya. tp, saya ada banyak perkara yang perlu di selesaikan..
adik2 masih belajar.
mak dah nk pencen.
dan keluarga sangat mengharapkan saya.
x mudah membuat keputusan.
ya ALLAH,
sesungguhnya aku bukanlah insan yang kuat
mengharapkan bantuan dan kasih syg mu...

CinTaHati

Tuesday, May 18, 2010

keje utk hari 18.mei 2010


My everyday job



Lab works..







CinTaHati

Monday, May 17, 2010

First entry selepas bergelar isteri..

Assalammualaikum,
lama betoi aih x hapdate blog nih...siann whiteblossom1110..hehehe...
pastu mai ja keja pagi2 tadi, terus bersemangat nk hidupkan balik blog nih...
sambil boring2 baca jurnal, sambil2 tukar layoutla... edit sana lah..edit sini lah..
hehehe..
cantikkan rupa baru whiteblossom1110
rasa mcm nk tukar address jugak..
tp patut ka?
ka x patut??

nih entry pertama yg zidah taip, lepas diri bergelar isteri..hehehe... syukur alhamdulillah
i'm officially married to my cintahati WAN HASSANOL BOLKIAH..
pjj = perkahwinan jarak jauh
tp alhamdulillah, both of us managed to handle it peacefully.. PEACE NO WAR (^_^)v

" ALLAH menguji seseorg itu berdasarkan kemampuannya.. ALLAH menguji kita sebab DIA tahu kita adalah antara hambaNYA yang layak dan mampu diuji dengan ujian mcm nih"

dear all,
doakan kasih dan sayang yang dibina atas landasan agama, cinta dan keluarga ini berkekalan di dunia dan akhirat.
smga kasih sayang yg tercipta antara kami ini sentiasa diberkati oleh NYA.
jadikan keluarga kami keluarga yg BAHAGIA.
murah rezeki.
dan aman damai.
semoga keluarga kami ini selamat dan terlindung dari sebarang gangguan syaitan, syak wasangka, fitnah dan hasad dengki.
semuga kami saling menjaga hubungan dikala jauh dan dekat.
jujur antara satu sama lain.


InsyaALLAH

CinTaHati

Friday, February 19, 2010

Konvoi Pitas - Ranau - KKinabalu - Pitas

lama tak berkonvoi.. 16 february 2010 hingga 18 february 2010 hari tu kami g konvoi sempena cuti sekolah..cuti sminggu tak balik kan..so kami ber 7 g konvoi naik motor..terima kasih kepada ustz Jamal kerana sudi bagi pinjam motor dia..hehehehe...ye la lepas ni dah kawen susah dah nak g konvoi mcm ni..kalau pergi pun dengan isteri bercinta la kan..hehehe..konvoi sambil honeymoon..ceewah..ok lah sini ada skit gambar2 masa konvoi ritu..

bergambar sebelum berkonvoi

berenti kejap sarapan kt kedai mamak kt kota marudu

penat naik motor rehat jap kt simpang kota belud-tamparuli-ranau


sampai kt atas bukit..sejuk tuu..dari sini nampak air terjun yg sgt tinggi..tp tak nampak kt dlm gambar sebab gabus..dr sini boleh nampak dah gunung kinabalu..nama tempat ni bundu tuhan..

Bundu Tuhan


destinasi pertama...poring hot spring








asalnya nak mandi air panas..tp gi mandi air terjun lak..nk tau nape?


sejuk mandi air terjun ni..br lepas hujan

haaa...ni jelah kolam air panasnyer..hehehe..tu pun xleh nk masuk..



jambatan gantung merentasi sg mamut..habis ekspedisi hari pertama..

hari kedua..

mcm biasa sarapan dulu kt kdai mamak


satu-satunya kedai yg ada strawbery paste tp kehabisan...ku kuciwa


tp takpe..bergambar dulu..hehehe

cantik kan gunung ganang ni

jejaka hensem

sampai di kinabalu park..di bwh kaki gunung kinabalu

gunung kinabalu..akan ku tawan suatu hari nnti

rekod terdahulu pendakian

sampai platform ni je pengunjung dibenarkan..kalo nk terus kena ada pass mendaki


geng2 rempit di kaki gunung kinabalu


seterusnyer km terus ke kk untuk urusan lain

hari ketiga terus blk ke pitas...singgah di rumah syahrizal di tuaran utk lunch then terus blk..

Cinta Hati