entry khas untuk Puteri sulung Ummi..
"Assalammualaikum wbt sayang..
apa kabar puteri ummi ni? alhamdulillah sayang ummi dah pandai membaca ye? yeayy!!!! jadi..sebab aisyah dah pandai membaca, ummi tuliskan satu entry khas untuk aisyah ye.. mudah-mudahan aisyah tahu yang Ummi dan Walid dah berusaha sedaya upaya untuk membesarkan aisyah dan adik2 (ehem2!!.. hehehe).. InsyaALLAH Walid dan Ummi akan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dan berjaya mendidik anak2 kami.. :)
Wan Nur Aisyah tersayang,
pada hari Ummi taip entry ni, tarikh hari ini adalah 24.05.2012.. aisyah tahu apa yang istimewanya tarikh ni pada Ummi dan Walid? haaa... mai Ummi ceritakan ye... hehehehe
Istimewanya adalah... Aisyah dah genap 1 tahun lahir ke dunia ni! yeayyyy!!!.. alhamdulillah.. syukur ya ALLAH.
Ummi lahirkan Aisyah pada tarikh 24.05.2011 (Selasa) bersamaan 20 Jamadil Akhir 1432H di Hospital Kulim Kedah. Ummi ditahan wad sehari sebelum iaitu pada 23.05.11. Kesian walid and tok ayah yang bersengkang mata di luar wad menunggu ummi. Walid taknak balik sebab risau tak sempat masuk untuk teman ummi bersalin. Kesian jugak opah yang bersusah payah ambik cuti seminggu untuk uruskan makan minum ummi.hehehe...
Alhamdulillah, dengan keizinan ALLAH swt, kekuatan Walid, doa Opah, tok ayah, tok umi dan tok abah, adik beradik ummi yang lain dan bantuan Dr dan jururawat, Ummi berjaya melahirkan seorang puteri yang sangat comel pada jam 02.38 petang dengan berat 3.2 kg.. Masa Ummi lahirkan puteri sulung Ummi ni, hujan turun dengan sangat lebat. Opah kata hujan rahmat. Semoga puteri yang lahir tu membawa rahmat kepada kita seisi sekeluarga. Sepanjang proses kelahiran, Ummi setia ditemani oleh suami ummi iaitu walid aisyah. Ummi bersyukur dikurniakan suami yang sangat baik. Walid tak putus-putus bacakan selawat, zikir dan doa untuk mudahkan ummi bersalin. Ummi pegang kuat tangan walid. Walid jadikan badan walid untuk ummi bersandar setiap kali ummi hilang tenaga untuk lahirkan aisyah. Malah sepanjang ummi berpantang dan membesarkan aisyah, walid banyak menolong ummi. Terima kasih Walid! Hanya ALLAH yang dapat balas jasa walid :)...Ummi tak sangka proses kelahiran adalah suatu proses yang sukar diungkap dengan kata2. Ummi bersyukur ALLAH bagi peluang kepada Ummi untuk melalui saat tersebut. Bermula dari saat mengandung hinggalah ke saat bertarung nyawa untuk melahirkan seorang zuriat. Macam mana rasanya Ummi? InsyaALLAH suatu hari nanti aisyah akan lalui semuanya pula sayang.... (^_^) Saat yang paling indah adalah ketika Dr letakkan aisyah diatas dada ummi.. Subhanallah. indahnya ciptaan Mu Ya ALLAH. Menangis Ummi dan Walid bila melihat zuriat kami yang comel dan berseri2 ni.. Lepas jururawat timbang dan bersihkan, mereka berikan kepada walid untuk walid azan dan iqamatkan di telinga anak kecil ini supaya perkataan pertama yang didengari oleh anak kecil ini adalah ayat2 yang memuji kebesaran Sang Penciptanya.. Allahu akbar ~ ALLAH Maha Besar. Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH.
Semua orang gembira dengan kelahiran puteri ummi dan walid ni... Pak long , pakcik..cepat2 datang lepas balik kerja.. comot-comot lagi.. Tok tam (belah tok ayah) pun sampai awal jugak sebab excited nak jumpa cicit sulung belah tok ayah..hehehe.. ramai lagi yang datang nak tengok puteri ummi dan walid ni..
Puteri yang comel dan bersih ini Ummi dan Walid namakan WAN NUR AISYAH yang membawa maksud Cahaya yang Hidup. Ummi dan Walid memilih nama ini supaya keperibadian dan akhlak, tuan puteri sulung ummi dan walid ini menjadi cahaya yang hidup dan seindah akhlak dan keperibadian Saidatina Aisyah binti Abu Bakar r.a. Mesti aisyah nak tahu kan siapa dia Saidatina Aisyah tu? Apa istimewanya beliau kan? Beliau digelar Ummul Mukminin (iaitu ibu kepada orang-orang mukmin) dan beliau juga adalah isteri kepada Kekasih kita NABI MUHAMMAD saw dan puteri kepada Saidina Abu Bakar as-siddiq. Beliau adalah seorang yang sangat banyak memberi sumbangan kepada umat Islam. Beliau adalah seorang yang sabar, cerdik, bijak, berilmu, taat dan patuh kepada ALLAH,ibu bapa dan suami, dan juga seorang yang beriman. Indahkan akhlak dan keperibadian beliau? InsyaALLAH, semoga ALLAH izinkan dan mudahkan Ummi dan Walid mendidik anak2 kami supaya menjadi seindah keperibadian beliau dan juga tokoh-tokoh Islam yang lain. aminn..
Oleh itu, sempena ulang tahun kelahiran Aisyah yang pertama, Ummi hadiahkan....
Tara~~~~
Doa Ummi dan Walid,
Semoga Puteri sulung kami WAN NUR AISYAH WAN HASSANOL BOLKIAH , membesar menjadi anak yang solehah, beriman, cerdik dan pintar, anak yang taat kepada ALLAH, agama, Rasul2, ibu bapa, ahli keluarga dan guru2. Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas kepada Aisyah. Semoga ALLAH sentiasa merahmati Aisyah. Jadi kakak dan contoh yang terbaik kepada adik2 dan semua ye sayang! InsyaALLAH
Ya ALLAH, lindungilah cahaya mata ku ini dari godaan syaitan dan maksiat dunia. peliharalah akhlaknya dan akidahnya. Jadikan dia anak yang solehah, yang beriman dan bertaqwa. Jadikan dia anak yang tetap solatnya. Jadikan dia anak yang cerdik dan pintar, berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin.
Walid, Ummi, opah, tok ayah, tok umi, tok abah, dan yang lain2 semuanya saaayaang sangat kat aisyah!
SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA SAYANG!
Ikhlas ; UMMU AISYAH "
p/s:
Diusia 1 tahun, aisyah dah boleh berjalan dengan lajunya.. aisyah dah pandai sebut Ummi, Lid (Walid), yaq (ayaq), ya (buaya), cat (kucing), mau , dan macam2 lagi.. ramai ckp aisyah nih ringan badan (cepat menirap, duduk, merangkak, berjalan) dan ringan mulut (bercakap)... Bijak anak Ummi! (^_^).. alhamdulillah..
CinTaHati